Wednesday 5 May 2010

Kek Cawan / Cupcakes





KEK CAWAN BIASA – BUTTER CUPCAKES

Bahan2nya

250 gram butter – salted ( keluarkan dari peti seju 1/2jam atau 1 jam klu dari frezzer )

250 gram gula castor

200 gram telor ( 4 biji yg medium )

1 sudu teh esen vanilla

250 gram tepung cake ( superfine / klu tpg naik sendiri tidak payah baking powder )

1 ½ sudu kecil baking powder / 6 gram ( diayak bersama tepung )

80 ml susu segar ( boleh ditukarkan kepada 40ml susu pekat )

Cara2nya

a) Pukul butter sehingga kembang masukkan gula sedikit demi sedikit selama 15 min dengan kelajuan sedahana (medium speed)

b) Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi sehingga sebati biar kat mixer 5 min lagi pukulannya masukkan esen vanilla

c) Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung yang telah diayak tadi dengan diakhiri dengan tepung dengan pelahan cara kaup (slow speed )

d) Masukan adunan ke dalam acuan 2/3 atau satu scop aiskrim ukuran 5mm bukan separuh kerna nanti ia akan melimpah keluar ini untuk acuan serdahana (medium)

e) Bakar selama 20-25 min dengan susu 180 c

Nota

- Adunan ini untuk 24 biji acuan sedahana

-

- Untuk melembutkan aduanan boleh lah di masukkan 1 susu kecil glystrine kerna ia kan melembabkan kek boleh digunakan utk semua jenis kek

-

- Adunan ini boleh diperbagaikan rasanya masukkan ½ sudu teh paste atau perisa yang di gemari begitu juga klu mengunakan butter/orange oil dan warnakan jika suka dgn ½ sudu kecil juga

-

- Seandainya ingin membuat berperisa coklat tukarkan 20gm serbuk koko ke atas tepung tadi iaitu 230 gm tepung dan 20 gm sebuk koko

-

- Acuan besar dibakar 20-25 min acuan sedang 20-23 min dan acuan kecil 17-18 min bergantung pada oven masing

-

- Jangan dibukan pintu oven semasa ia memasak dalam jangka masa 10-15 min kerna ini akan membuat kek mendap.

-

- Apabila sahaja masak keluarkan kek tadi dari atas dulang yang panas kerna iakan membuat kek tlebih masak dan akan membuat kek menjadi kering .Setelah sejuk boleh la dihias mengikut cara yang anda suka

KEK CAWAN COKLAT LEMBAB ( MOIST CHOCOLAT CUPCAKES)

Bahan2nya

220 gram tepung kek ( superfine )

50 gram serbuk koko atau 1 sudu besar

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda- ratakan sudu

1 susdu kecil garam – ratakan sudu

200 gram butter – salted

340 gram gula kastor

2 sudu kecil esen vanilla

4 biji telur size b ( medium )

250 ml air sejuk atau fresh milk

100 gm – kismis atau coklat chips atau hirisan badan yang telah dibakar jika suka dan adunan nie utk 24 biji kek cawan sedarhana besar.

Cara2nya

- Pukul butter selama 10 min sehingga kembang masukkan gula dan esen vanilla pukul sehingga kembang selama 15 min sehingga putih lagi sedarhana kelajuan (medium speed)

-

- Masukkan telur satu persatu jarak semasa adunan masih dipukul sehingga kembang juga

-

- Masukkan tepung dan berselang sili dengan susu ke dalam adunan jika mengunakan mixer gunakan kelajuan pelahan (slow speed ) atau dengan senduk kayu atau specular sehingga sebati

-

- Masukkan ke dalam adunan 2/3 atau satu skop aiskrim utk mangkuk sedarhana begitu juga dengan acuan2 yg lain 2/3 dari acuan tersebut untuk mengelak dari ianya melimpah keluar

-

- Bakar selama 25 min dengan 180c atau mengikut kepanasa oven masing2

-

- Keluarkan dari dulang pembakar yang panas letakkan ia ke atas tempat yg sejuk agar ia tak kering atau terlebih masak

-

- Stelah sejuk boleh la di hias mengikut kesukaan anda


CARA MENGHIAS KEK CAWAN DAN BAHAN2NYA.............

Butter icing

250gm butter di pukul selama 10 min

450 gram gula icing yang diayak

2 sudu teh perisa yang di gemari jika suka

Coklat icing

500 gram coklat masaka

250 mk double cream/ uht whipping cream atau susu segar

Royal icing

400 gram gula icing yang diayak

2 biji putih telur

1 sudu teh pati lemon atau limau kasturi atau liamu nipis dimasukkan akhir sekali

2 susu teh perisa kegemaran jika suka

Krimwell icing

500 gram krimwell – dipukul selama 15 min terdahulu

300 ml golden sirap atau corn sirap

2 sudu teh perisa kegemaran jika suka

Icing ini tahan 2-3 minggu didalam peti sejuk

Peringatan

Tutup semua aduan dengan kain basah apabila tidak menggunakannya...

Ini adalah untuk mengelakkan ia menjadi kering..


No comments: