Tuesday 11 May 2010


Mexican Bun
--------------
Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.




Potato Bun (bread)
-------------------

Bahan-bahan ( yield to 36 pieces )
*600 g tpg roti (high protein flour)
*70 g gula
*1 1/2 sudu teh garam
* 1 1/2 sudu makan susu tepung
*4 sudu teh instant yeast
** 1 biji telur
**270ml air sejuk
***120g mashed potato
***60g butter
****Custard gunakan instant lagi senang..masak macam biasa.....

Cara-cara
Gaul sebati semua bahan bertanda *.
Masukkan bahan bertanda ** dan uli menjadi dough.
Masukkan bahan bertanda *** dan teruskan menguli sehingga dough menjadi lembut & elastic.
Masukkan kedalam mangkuk dan biarkan naik selama 45 min di tempat yg panas.
Buang kan angin dan bulatkan dough dan biarak berehat lagi selama 15 min.
Bahagikan kpd bola2 kecil 30g dan susun didalam loyang pembakar 9" square yg telah digriskan. Boleh diisi 16 biji bola 1 loyang. Buat 2 loyang.
Biarkan naik selama 45 min atau 2 kali ganda.
sapukan dgn telur dan pipekan custard secara bersilang di tengah setiap bebola.
bakar pada suhu 180C selama 25 min.

Note: Utk mashed potato. Rebus kentang hingga empuk. Sejukkan & lenyek. boleh juga gunakan mash potato instant..

No comments: