Friday 7 May 2010

Aneka satay dan Bbq

ANIKA SATE
----------

BAHAN "A"

1 kg daging kambing/peha ayam/lembu
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan mans
Sejari halia
Sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
(Kisar halus kesemua bahan ini)
250 g gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi sate

BAHAN "B"

1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu besar minyak makan
(kesemua bahan ini dibancuh)

CARA

Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut cita rasa masing-masing tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar di atas pembakar sate dengan menggunakan bara arang. Renjis dengan bahan "B" dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

BAHAN "C" - KUAH SATE

600 g kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
Sejari kunyit hidup
40 g belacan
(Kisar halus kesemua bahan ini)
60 g asam Jawa
240 g gula pasir
2 batang serai (dititik) / Sejari lengkuas (dititik)
Minyak untuk menumis

CARA

Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam Jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam. Kacau rata.Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana.Kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.
SATAY
Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )
• 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
• 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

• BAHAN PERAP

• 2 batang serai
• 1/2 inchi halia
• 1/2 inchi lengkuas
• 1/2 cawan jintan manis
• 1/2 cawan jintan putih
• 1/2 cawan gula
• Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
• 4 sudu besar sos tiram
• 4 sudu besar kicap pekat
• 4 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang merah
• 5 sudu besar minyak masak

• BAHAN PERCIK

• 1/2 cawan minyak masak
• 4 sudu besar susu tepung
• 1 batang serai diketuk

• BAHAN KUAH

• 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
• 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
• 2 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1/2 cawan gula perang
• Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

• BAHAN-BAHAN LAIN

• Timun secukupnya sebagai ulam
• Bawang besar sebagai ulam
• Ketupat nasi (jika suka)
• Lidi satay secukupnya

Cara-cara

1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.




AYAM BBQ
--------

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

• 2.0kg ayam
• 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
• 5 ulas bawang putih
• 2 cm halia
• 2 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 batang serai
• 1 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil garam
• 1 cawan gula

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

No comments: