Tuesday 11 May 2010




SWEET BUN
--------------

Bahan A

500 gm tepung high protien (saya gunakan Bread Flour)
25 gm susu tepung
75 gm gula10 gm ibu roti (yis- gunakan yg instant)
1 sudu teh pelembut roti
1 biji telur1/2 sudu teh garam

Bahan B

250 ml air75 gm majerin (saya gunakan mentega)

Cara
1. Masukkan dan gaul rata semua bahan A.

2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati. (saya gunakan mixer dgn dough hook)

3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit]

4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.

5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.

6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.

7. Bakar dalam suhu 180'C sehingga kelihatan masak.

8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

Ingatkan nak bubuh kismis dalam roti tu tp oleh kerana anak2 tak gemar, saya masukkan buah prune instead - sikit jer, testing2..










CINNAMON SCROLL

------------------------

Bahan-bahannya


400 gm tepung gandum
½ sudu makan yis segera
145 ml air panas
50 gm gula pasir
50 gm marjerin
1 biji telur
½ sudu teh garam


Bahan Sapuan

1 sudu makan marjerin - cairkan

Bahan Taburan
20 gm gula merah1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-caranya
1. Campurkan yis, air dan gula pasir. Kacau rata dan asingkan.
2. Masukkan pula marjerin dan tepung gandum. Kacau sehigga berketul² dan asingkan.
3. Masukkan telur dan garam.. Kacau rata
4. Masukkan campuran yis sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh menganjal.
5. Canai nipis adunan.
6. Tabur gula merah dan serbuk kayu manis.. Gulung sambil dipadatkan
7. Potong²kan gulungan adunan setebal 2.5 cm.
8. Susun di dalam loyang 18cm x 18cm x 4cm yang telah disapu dengan marjerin.
9. Sapu permukaan roti dengan marjerin cair.
10. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180°C.
11. Ketika roti masih panas, sapu sekali lagi permukaannya dengan marjerin.

No comments: