Monday 10 August 2009

Kuih Serimuka Pandan / Durian

Kuih Serimuka Pandan / Serimuka Durian
-------------------------------------------

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara1.
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau(klu buat durian gantikan ia dgn 1 cwn isi durian atau 1 sudu besar pes durian dan 1 sudu kecil pewarna coklat)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam amngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

Nota- Serimuka durian gantikan pandan dan durian sahaja lain2nya semua sama sahaja..

No comments: