Monday 10 August 2009

Kuih Serimuka Pandan / Durian

Kuih Serimuka Pandan / Serimuka Durian
-------------------------------------------

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara1.
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau(klu buat durian gantikan ia dgn 1 cwn isi durian atau 1 sudu besar pes durian dan 1 sudu kecil pewarna coklat)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam amngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

Nota- Serimuka durian gantikan pandan dan durian sahaja lain2nya semua sama sahaja..

Kuih Bakar Pandan / Kuih Bakar Jagung / Durian

KUIH BAKAR PANDAN
------------------------

Bahan-bahannya
260 gm tepung gandum
240 gm gula (kalau anda penawar, kurangkan sket)
300 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
550 ml air3 biji telur saiz besar (kalau yg kecil, gunakan 4) - kocok sedikit
1 sudu besar pes pandan2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)pewarna hijau (optional)
secubit serbuk
vanilli (optional)

Cara-caranya
1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan santan pekat, pes pandan, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3.Masukkan minyak sapi dan ratakan.
4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.




KUIH BAKAR JAGUNG
------------------------

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
300 gram gula2 cawan santan pekat (dalam kotak)
4 cawan airsedikit garam3 sudu makan mentega
4-6 biji telur (lebih banyak telur sedap, dia lembut)
1 tin jagung krim
sedikit pewarna kuningsedikit esen vanilla

Cara Menyediakan
1. Masukkan gula, santan, air, garam, mentega, telur, pewarna kuning dan esen vanilla kedalam blender. Blender yang kita buat kisar tu, senang adunan tak bergentel.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, blend sehingga sebati dan adunan tidak bergentel. Tuang adunan tepung kedalam bekas.
3. Akhir sekali masukkan jagung krim dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 12 x 12 inci yang telah disapu dengan mentega. Kalau mentega banyak dalam loyang pun tak apa, tapi panaskan loyang dalam oven dulu sehingga mentega cair.
4. Boleh juga gunakan loyang kuih bakar yang pecah lapan. Letakkan setengah sudu makan mentega kedalam loyang dan panaskan hingga cair dalam oven kemudian tuangkan adunan 3/4 penuh. Selalu kalau letak mentega, tepi kuih bakar akan masak lawa kekuningan dan lebih sedap.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
6.Boleh la di potong setelah sejuk.

Nota: Boleh juga gunakan isi cempedak/ durian, gantikan 1 tin jagung krim dengan 1 cawan isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek. Isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek diblender bersama adunan tepung.

Pie Ayam Sayur Campur


Pie Ayam Sayur Campur
--------------------------

bahan2nya inti
---------------
30gm butter
350gm ayam (ambil dari dada ayam yg dipotong dadu kecil2)
1biji bawang putih dicincang halus
1biji bawang besar dipotong dadu
100gm mix veg/button mushroom ( kalau suka boleh masukkan 1 batang
leek yg dipotong kecil)
125 milk or single or double cream
garam secukup rasa..

cara memasak
----------------------
tumis bawang putih dan bawang besar yg sampai layu masukkan ayam
dgn butter masukkan lepas tu masukkan susu atau cream masak bila mendidih aje
masukkan mix veg/mushroom sekejap n terus tutup tak mahu overcooked nti....
oohh yaaa rasa garamnya yaa jgn masin sgt....mix veg nie nak tambh
mushroom pun sedap atau mushroom dgn ayam aje pun sedap
klu kat oversea fresh mushroom murah lagi sedap klu tak ada yg dlm tin
pun ok juga laaa
sejukkan ok....

panaskan oven 180c ...

untuk dohnya-klu nak buat adunan kecil2 gandakan bahan2nya ya nie
untuk 1 bekas besar standard pie tin
-
bahan2 doh
-----------------
250gm tepung gandum
125 butter yg sejuk
1biji telur
2-3 sudu makan air sejuk
1biji kuning telur bersama setitik kuning telur utk glaze nti

cara2nya
-------------
masukkan tepung dan butter yg dipotong dadu uli pelan2 cam jadi bread crump
masukkan telur uli lagi dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga
menjadi doh yg lembut
lepas tu balut dgn cling plastik simpan dalam petisejuk selama 30min
sebelum dicanai...
kalau terlalu lembut boleh tambah sikit demi sikit tepung semasa mencanai...

acuan pie yg kecil atau besar disapu dgn sedikit butter supaya tak melekat..
canai doh mengikut bentuk yg disukai masukkan inti dan tutup adunan tadi dgn doh
dan corakkan yg suka anda dan glazekan dgn kuning telur

bakar pie selama 25-30min..........
--

Murtabak Segera Singapore Style



Murtabak Segera Singapore Style
----------------------------------

bahan2
-----------
daging/ayam cincang setengah kilo
bawang besar 2biji (1 biji dicincang halus 1 biji lagi dipotong kecil dadu)
bawang kecil 2ulas,-dicincang halus
2sudu besar rempah kari daging
minyak menumis
garam secukup rasa,
telor bbrapa biji
roti prata segera..bbrapa keping - senang tu yg dipanggil segera tak
yah nak tebar2 lagi
butter/marjerin sikit

cara2-
cincang bwg putih,1biji bwg besar tumis bersama daging dan juga rempah
kari yg dibancuh tdahulu dgn sedikit air sehingga
kering dan masak masa masukkan garam jgn terlalu byk sbb bila kering
takut masin laaa
ketepikan yaa opps dan dibahagi dua bahagian yaa......(asingkan)

roti canai atau prata dimasak terlebih dahulu k...

gunakan pan yg kecil atau sedang muat2 utk roti canai tadi...(cantik
nti jadinya)

ambil bahagian daging yg diasingkan tu dgn satu senduk dan masukkan
1 biji telor satukan

panaskan pan dgn sedikit butter atau majerin tuang daging yg dibancuh
dgn telor tadi
taburkan sedikit lagi daging kering dari asingan yg kedua bersama
bawang potong dadu kecil

kemudian letak roti canai/prata keatasnya dan ulang lagi sekali
seperti bancuah pertama tadi
selepas bawahnya masak balikkan....pastikan roti tadi disaluti penuh
satu pan tadi

terpulang klu nak buat dua lapis atau satu lapis murtabak tu yaa....
lagi byk daging dan telor lagi sedap klu tak suka bawang jgn masukkan....

murtabak nie boleh juga dimakan dgn kari atau dgn bawang/timun ulam

1/2 biji timun/ 1 biji bawang besar di potong nipis masukkan 2 sudu
besar cuka 1 sudu besar gula dan setitik pwarna merah
gaul hingga rata ok...dah siap

dan bawah nie anna sertakan chicken pie sedap utk dimakan senang untuk
dibuat juga

ada mmber ckp hubby dia gunakan rempah sup tak pasti lak tak pernah
cuba n gunakan salut popia anna dah try
dia ckp senang tapi kurang sikit sbb berminyak dan klu tak salut lagi
dgn daging dan telur tu kurang sikit rasanya kot
my famili suka pakai roti canai lagi ada ler rasa murtabak singapore
arab street tuu.....hhehe