Thursday 6 May 2010

Kek Coklat Mocca Kukus

KEK COKLAT MOCCA KUKUS
Bahan A:-
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan susu manis

Bahan B:-
3 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan C:-
1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)

Cara Menyediakan:-
- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Bila telah sejuk,
keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan. Ummi tuangkan ganache dan ditabur
dengan coklat rice aje..
Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.

No comments: