Friday 7 May 2010

KOLEH KACANG
-------------

Bahan-bahannya

500 gram tepung kacang hijau
250 gram gula hitam
100 gram gula pasir
1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
500 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak

Cara-caranya

Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. Masak sehingga mendidih. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunan rata dan tidak bergentel. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunan akan meletup-letup. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.
Panduan
Tepung kacang hijau yang digunakan, adalah sama dengan tepung kacang hijau untuk Tepung Gomak. Minyak kelapa yang digunakan, adalah minyak yang terdapat setelah membuat tahi minyak.




KUIH SERIMUKA
--------------

Bahan-bahannya
600gm beras pulut

Cara-caranya

1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 1 jam.
2. Toskan berasnya dan letak didalam loyang bulat 11 inci dan masukkan santan, air dan garam.
3. Santan dan air hendaklah sama parasnya dengan pulut, jika hendak lebihkan santan sikit sahaja supaya pulutnya tidak lembik bila dikukus.
4. Kukus sehingga ia masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ditekan-tekan supaya pulut itu mampat.
5. Boleh ditekan dengan anak batu lesung yang dibungkus plastik dan ratakan.

Bahan untuk Serikaya

6 biji telur
1 1/2 cawan santan
1 cawan air ) dikisar dan ditapis
5-6 helai daun pandan )
2 1/2 sudu makan penuh tepung gandum
250 gram gula
sedikit garam

Cara-caranya
1. Kesemua bahan serikaya dimasukkan kedalam blender dan diblend sehingga sebati.

2. Masakkan sebentar diatas api yang sederhana sehingga adunan melekat sedikit di belakang senduk kayu dan cuba angkat. Adunan itu akan menunjukkan ia pekat sedikit.
3. Tuang diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus sehingga ia masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

No comments: