Friday 14 May 2010

BEST NO BAKE CHEESECAKE
--------------------------------

Bahan-bahannya

3 cawan biskut digestive, dihancurkan
2/3 cawan gula perang, dipadatkan
¾ sudu teh serbuk kayu manis
2/3 cawan mentega, dicairkan
250G(8 oz) krim keju
2 sudu makan chocolate emulco
2 sudu besar serbuk gelatin
½ cawan air panas
2 cawan krim putar
2/3 cawan gula
1 tin strawberi topping

Cara-caranya
1. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut digestive, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang springform berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
2. Dalam mangkuk mixer, masukkan whipped cream dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
3. Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
4. Pukul krim keju, gula, chocolate emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
6. Tuang adunan keatas biskut yang telah disediakan dan sejukkan didalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan topping strawberi dan kemudian keluarkan cheesecake dari loyang springform.

NOTA: Sekiranya anda inginkan cheesecake perasa original gantikan 2 sudu makan chocolate emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Dan boleh juga gunakan topping blueberi.Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya cheesecake anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan kedalam freezer selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.

No comments: