Tuesday 26 August 2008

Apam Balik Jagung Dan Apam Balik Pulut Hitam


Apam Balik
-----------

Bahan untuk kulit
------------------
1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik


(1)Bahan taburan
------------------
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan gula pasir
(2)Bahan taburan
------------------
1) 1 cawan pulut hitam yg sudah dimasak
2) 1 cawan kelapa parut putih
3) 1/2 cawan gula


Cara (1):
---------
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung dan gaul lagi supaya tidak berketul dan ditapis
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan
separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.
cara (2)
-------
pulut hitam yg sudah lembut dimasak ditapis lebihan airnya setelah sejuk lalu
dicampurkan bersama kelapa parut putih
tadi lalu digaulkan juga bersama gula pasir.
setelah kulit apam balik masak sapukan mentega dan letakkan pulut kelapa tadi keatasnya lantas dilipat dan dipotong maka siap la untuk dihidangkan
catatan
--------
sekarang nie macam2 jenis apam ada adunannya suma sama hanya inti sahaja boleh diubah suai..nak coklat ker jem cuma tukar aje intinya ikut citarasa masing2 yaa....
disini saya beri 2 resepi yg 1 biasa dimakan dan yg 2 jarang kita jumpa
tetapi sedap saya selalu membelinya bila pulang ke kampung suami membelinya
dipekan rabu sahaja....sedap juga rasanya lain dari yg lain
selamat mencuba dan menjamu selera..............

No comments: