Monday 10 August 2009

Murtabak Segera Singapore Style



Murtabak Segera Singapore Style
----------------------------------

bahan2
-----------
daging/ayam cincang setengah kilo
bawang besar 2biji (1 biji dicincang halus 1 biji lagi dipotong kecil dadu)
bawang kecil 2ulas,-dicincang halus
2sudu besar rempah kari daging
minyak menumis
garam secukup rasa,
telor bbrapa biji
roti prata segera..bbrapa keping - senang tu yg dipanggil segera tak
yah nak tebar2 lagi
butter/marjerin sikit

cara2-
cincang bwg putih,1biji bwg besar tumis bersama daging dan juga rempah
kari yg dibancuh tdahulu dgn sedikit air sehingga
kering dan masak masa masukkan garam jgn terlalu byk sbb bila kering
takut masin laaa
ketepikan yaa opps dan dibahagi dua bahagian yaa......(asingkan)

roti canai atau prata dimasak terlebih dahulu k...

gunakan pan yg kecil atau sedang muat2 utk roti canai tadi...(cantik
nti jadinya)

ambil bahagian daging yg diasingkan tu dgn satu senduk dan masukkan
1 biji telor satukan

panaskan pan dgn sedikit butter atau majerin tuang daging yg dibancuh
dgn telor tadi
taburkan sedikit lagi daging kering dari asingan yg kedua bersama
bawang potong dadu kecil

kemudian letak roti canai/prata keatasnya dan ulang lagi sekali
seperti bancuah pertama tadi
selepas bawahnya masak balikkan....pastikan roti tadi disaluti penuh
satu pan tadi

terpulang klu nak buat dua lapis atau satu lapis murtabak tu yaa....
lagi byk daging dan telor lagi sedap klu tak suka bawang jgn masukkan....

murtabak nie boleh juga dimakan dgn kari atau dgn bawang/timun ulam

1/2 biji timun/ 1 biji bawang besar di potong nipis masukkan 2 sudu
besar cuka 1 sudu besar gula dan setitik pwarna merah
gaul hingga rata ok...dah siap

dan bawah nie anna sertakan chicken pie sedap utk dimakan senang untuk
dibuat juga

ada mmber ckp hubby dia gunakan rempah sup tak pasti lak tak pernah
cuba n gunakan salut popia anna dah try
dia ckp senang tapi kurang sikit sbb berminyak dan klu tak salut lagi
dgn daging dan telur tu kurang sikit rasanya kot
my famili suka pakai roti canai lagi ada ler rasa murtabak singapore
arab street tuu.....hhehe

No comments: