Friday 1 August 2008

Telor Pindang


Telor Pindang
--------------
Bahan2
--------
1...telor ayam atau itik 20 biji
bahan2 dikisar separuh halus
-----------------------------
2... jintan manis 1 sudu besar
3... lada kering 10 biji
4... ketumbar 1 sudu besar
5... serai 3 batang
6... halia sebesar ibu jari 3 inci panjang
7 ...lengkuas 2 inci panjang
bahan2 dikisar halus
---------------------
8...bawang merah 5 ulas
9... bawang putih 5 ulas
diramas atau di tumbuk separuh hancur
----------------------------------------
10... daun jambu biawas muda secekak
11... daun salam 5 helai

12... asam jawa sebesar telor ayam
13... garam 3 camca besar
cara2 memasak
----------------
1... pilihan masing2 - ada org rebus telor kira dahulu dgn air kira2 tenggelam telor
didalam periuk teta pi setelah air mendidih baru masukkan telor
ini untuk megelakkan telor pecah semasa merebus
setelah telor masak biarkan dahulu dalam 30min dan telah sejuk
titik pelahan2 dgn belakang sudu supaya retaknya serata tapi tidak
lah terlalu besar retaknya

- atau terus rebus bersama bahan2 yg disiapkan

2... siapkan semua bahan2 yg digilang halus dan separuh halus tadi dan daun2 juga
3 ...asam jawa diramas denggan sedikit air dan ambil airnya sberapa dapat
4 ...jerangkan periuk dengan air sekira2 tenggelam telor dan masukkan semua rempah2
air asam jawa,daun2 dan garam .telor direbus kira2 6jam dengan api yang sederhana.

catatan
--------
setelah api dipadamkan biarkan lah telor didalam periuk seelok2nya 10jam atau 1 hari...
supaya garamnya mesra..
selalunya telor pindang ini coklat kehitam-hitaman lagi sedap untuk dimakan rempahnya sebati.
ianya boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama lauk harian..
kalau memasak lauk briyani boleh juga dimasukkan kedalam masak terutama
memasak briyani daging...(masakan yg terkenal di Johor)

ok...selamat mencuba dan menjamu selera................

No comments: