Wednesday 20 August 2008

Putu Kacang



PUTU KACANG
----------------

Bahan-bahannya :
------------------
1 kg kacang hijau - ditampi untuk membuang segala kotoran dan dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
(kalau nak lagi senang sekarangkan jual tepung kacang hijau sama la juga tu)

Cara Membuat :
----------------
Basuh terlebih dahulu kacang hijau tadi lalu dikering sehingga betul2 kering.
Goreng kacang hijau hingga kekuningan dan tertanggal kulitnya.
Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula.
Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam.
Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis sehingga hanya tepung2 yg halus
sahaja yg tinggal.
Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak.
Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu atau acuan yang disukai yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
Yang berlapikan kertas dibawahnya keluarkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang.
Jemurkan dibawah terik mentari selama setengah sehingga empatpuluh minit bertutupkan kain kasa atau kain yang jarang untuk megeraskanya.
Tetapi jangan dijemur terlalu lama kerana ia akan menjadi terlalu keras.
Simpan didalam bekas kedap utara.putu kacang ini tahan sebulan atau lebih.

selamat mencuba dan menjamu selera.......

No comments: