Friday 1 August 2008

Boto-Botok Ikan




Botok-botok Ikan
------------------
bahan2
-------
1...sebarang ikan yg disukai 3kg
bahan2 dikisar halus
---------------------
2...ketumbar. 10 sudu besar
3...jintan putih 2 sudu besar
4...jintan kasar 3 sudu besar
5...sajira 1 sudu teh penuh

6...lada sulah 1 susu teh penuh
7...cili kering 40 batang
8...kunyit 2 cm (sebesar telunjuk)
9...serai 10 batang
10.lengkuas 2 cm
11.halia 2 cm
12.bawang merah 12 biji
13.bawang putih 10 biji
14.asam jawa sebesar telur ayam- 1
15.gula pasir 2 susu besar
16.kelapa parut 1/2 biji
17.kelapa goreng 1/2 biji
18.pati santan 1/2 biji kelapa
19.belacan sebesar telor ayam - 1
20.garam secukup rasa
21. serbuk perasa 1 susu kecil
daun2 untuk membuat botok2
--------------------------------
1...daun kaduk
2...daun kunyit
3...daun cekur
4...daun kesum
5...daun selasih
6...daun belewa
7...daun buas-buas
8...daun semangkuk
9...daun teh belanda
10.daun limau perut 20 helai
11.daun mengkudu
12.daun ubi 20 pelepah
13.daun pisang batu kira2 20 keping - angaran 15cm
14.lidi untuk mencantum daun pisang
semua daun-daunya hendak la daun2 muda dan secekak aje kecuali yang tertara dan setelah dibasuh bersih dihiris halus2 seperti menghiris bunga rampai..kecuali pucuk ubi dan daun mengkudu biarkan begitu sahaja ia akan dijadikan alas rempah botok2 nti
kalau tak dapat semua daun2 nie mana yang ada pun memadai la ya...kalau banyak dan buat separuh jadi bahan2 nya juga dibahagi 2 ya.
cara2 membuatnya
-------------------
1...kisar halia,serai,cili kering dan lengkuas dahulu sehingga halus.setelah itu masukkan ketumbar kunyit kering,jintan putih,jintan kasar dan sjira sehingga halus juga.akhir sekali kisar bawang merah,bawang putih dan belacan.kemudian masukkan kedalam sebuah bekas besar.
2...kelapa yg 1/2 biji dibuang kulit airnya an diparut.kemudian digoreng dgn minyak kelapa angaran 1 susu besar,kacau sehingga kuning tua baru ler diangkat dan dikisar lumat
kelapa yg 1/2 lagi satu dibuang kulit arinya dan diparut dan dikisar halus juga.setelah itu campurkan rempah2 yg dikisar tadi dan tauangkan pati santan bersama garam halus,
air asam jawa,gula,dan serbuk perasa digaul semua sehingga rata sebelum itu ambil sedikit remapah2 tadi untuk diperapkan di ikan dan yg lebihnya digaul bersama daun2 yg telah dihiris
tadi.
3...sediakan daun pisang batu (kalau dapat) dalam 20 keping 15cm lebarnya
4...basuh bersih ikan dan dipotong mengikut yang dikehendaki dan diperap bersama2 sedikit
rempah2 tadi
5...setelah siap sumanya ambil daun pisang tadi letak diatasnya daun mengkudu dan pucuk ubi
letakkan daun2 yg berempah sedikit diatasnya ikan dan ditutupi lagi dengan daun2 rempah..lalu
dilipat atau mengbungkus cara belebat atau pun seperti tapai....buat sehingga habis
6...masukkan kedalam pengukus dan kukus la ia selama 2jam
catatan
--------
lebih lama dikukus botok2 nie lebih sedap rasanya
lagi satu petua ialah dengan membungkus ia seperti membungkus lopis.masukkan ke dalam bekas dan tuangkan santan kedalam periuk letak sedikit garam.seeloknya botok2 itu terendam atau tenggelam,rebus juga selama 2jam atau lebih baru lah diangkat.cara ini lebih sedap..
botok2 nie sedap dimakan bersama nasi putih panas dan ianya tahan untuk 2-3 hari tetapi hendak lah sentiasa dihangatkan...
p/s....gambar batok2 ...tapi botok2 biasa (sekadar hiasan)
ok selamat mencuba dan menjamu selera.................

No comments: