Sunday, 27 July 2008

Nasi Minyak


Nasi Minyak
-------------
bahan2nya
-----------
500-600 gm beras basmathi
160gm minyak sapi
160gm susu cair
50gm halia
30gm kayu manis
20gm bunga lawang
20gm bunga cengkih
sedikit pewarna kuning dan air mawar
sedikit garam

dicincang
---------
30gm bawang putih
110gm bawang merah
110gm bawang besar

untuk hiasan
-------------
bawang goreng
kismis
gajus goreng

cara2 memasak
---------------
1 panaskan minyak sapi,masukkan bahan2 yg dicincang bersama hirisan halia dan kayu manis
tumis sehingga naik bau
2 tambahkan air sehingga mendidih dan masukkan beras
3 setelah hampir kering masukkan susu cair
4 sedikit garam
5 setelah masak masukkan sedikit pewarna kuning dan juga air mawar pada nasi tadi
tutup kembali periuk biarkan dalam 5 min sebelum dihidangkan
6 siap untuk dihidang dan tabur diatasnya sedikit bawang goreng,kismis dan gajus goreng

catatan
--------
ok nasi minyak yg senang hendak dibuat...boleh dimakan dgn berbagai jenis laukpauk
terutama masak kurma,masak merah,masak briyani dan juga dgn dalca
p/s gamabr nasi minyak dari blog abg rozzan....

selamat mencuba dan menjamu selera.................

Saturday, 26 July 2008

Daging/Ayam Masak Kurma




Masak Kurma Daging/Ayam
-----------------------------
bahan2
-------
2 biji bawang besar - satu dihiris halus untuk menumis dan satu dibelah empat
3 biji bawang putih - dihiris untuk menumis
1/2 inci halia
sedikit bunga lawang dan kayu manis
1 kotak kecil santan (saya suka pakai harmoni)
28 gram atau 1 pkt kecil rempah kurma (brand ikut kegemaran anda) dibancuh dgn sedikit air
3 biji kentang besar
500gram daging/ayam
2 batang karot (jika suka)
2 biji tomato (jika suka)
3 helai kobis (jika suka)
1 biji limau nipis (jika suka)
2 biji cili hijau atau cili merah (jika suka)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

cara2 memasak
----------------
1 hiris bawang besar/putih dan halia lantas ditumis sehingga kekuningan dan bunga lawang
serta kayu manis
2 masukkan pes kurma tumis sehingga naik baru
3 masukkan daging/ayam tutup periuk biarkan separuh empuk
4 kemudian masukkan santan bersama kentang dan karot masak sehingga empuk
kepekatan kuah bergantung pada anda lebihkan air jika suka sedikit cair
5 masukkan garam secukup rasa
6 setelah mendidih masukkan tomato,perahan limau nipis,bawang yg dibelah empat,cili merah
yang dibelah tengahnya dan kobis( jika suka )

catatan
--------
semasa arwah abah saya masih hidup nie la salah satu lauk kegemaran dia tapi di tak sgt suka letak tomato tetepi suka letak kobis yg dibelah dua saja dan helaiannya dikopek masukkan ke dalam kuah semasa mendidih tak ler layu sgt pun dan juga cili hijau yg dibelah tengahnya.
dan masa dikampung suami lak semasa memasak mereka minta saya letak jus limau nipis pula dan ini pun ikut citarasa mereka pula... saya tak bbrapa suka pula
bagi saya suka letak tomato dan karot sbb anak2 suka karot lak ...

sedap dimakan dengan apa jua jenis nasi semasa panas2 lagi dan juga bersama roti canai,capati mahupun dgn roti putih biasa dan roti francis...
ada berbagai cara memasak kurma nie lihat aje kat tenet..pilih la yg mana suka sedap dan senang untuk dimasak...

tetapi selalunya kalau dah gemar memasak tak susah mana pun dan bagi yg gemar mencuba resepi2 baru lagi ler..... p/s gambar dari blog hanieliza

akhir sekali selamat mencuba dan menjamu selera......

Thursday, 24 July 2008

Daging//Ayam Masak Briyani

Daging / Ayam masak briyani
------------------------------
bahan2
-------
700gm daging/ayam
50gm rempah briyani (5 sudu/besar)
55gm halia - dihiris halus
160gm susu cair
80gm tomato puri
5 sudu besar tomato sos
3 sudu besar madu lebah

dikisar
-------
120gm bawang merah
120gm bawang besar
35gm bawang putih

digoreng
---------
120gm kismis
80gm gajus
80gm badam

sedikit daun bawang/daun sup - dipotong panjang 1cm
100gm bawang goreng
4biji telur rebus ( saya suka gunakan telur pindang klu ada)

cara2 memasak
----------------
1 daging/ayam dipotong mengikut saiz yg digemari
2 tumiskan baha2n yg dikisar sehingga naik bau
3 masukkan rempah bryani yg telah dibancuh dgn sedikit air.kacau sehingga rata selama 2min
lantas masukkan tomato puri dan sos
4 masukkan daging/ayam lalu tambah sedikit air dan biarkan ianya sehingga empuk
5 selepas itu masukkan susu cair,madu,telur rebus,bawang goreng
6 masukkkan garam secukup rasa
7 setelah mendidih dan agak kehitam-hitaman sikit kuahnya masukkan gajus,badam
dan kismis yg digoreng tadi gaul sehingga rata
8 akhir sekali masukkan daun sup/bawang yg telah dihiris
9 siap untuk dihidang....tabur sedikit bawang goreng lagi semasa menghidang

catatan
-------
bagi saya rempah briyani faiza sedap digunakan.saya juga menggunakan rempah yg dibuat sendiri oleh abg angkat saya yg sememangnya datang dari keluarga tukang masak yg handal2 belaka di johor.beliau selalu mendapat tempahan dari saujana rumah menteri besar johor dan juga dari kalangan kerabat2 diraja johor,selangor dan pahang.
lauk briyani ini sedap dimakan bersama berbagai jenis nasi,roti tak lupa juga roti canai dan capati la....
tidak rugi mencuba resepi ini kerana pasti akan nak lagi....

ok selamat mencuba dan menjamu selera.........

Tuesday, 22 July 2008

Pajeri Nenas / Acar Nenas


PAJERI NENAS MUNIRAH

---------------------------
Sumber: Munirah Adnan

Bahan-bahannya
-----------------
1 biji nenas, potong bulat
1 paket serbuk kari daging (campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
1 mangkuk santan
1-2 inchi halia, dihiris
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang putih, ditumbuk
1 batang kayu manis
2 kelopak bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Segengam udang kering (kalau suka tambahkan tapi tak suka kurangkan)
Sedikit kerisik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
--------------
1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bawang, halia ngan udang. Goreng hingga garing.
3. Masukkan pes kari tadi biar dia garing sikit, baru masukkan nenas.
4. Setelah itu masukkan santan, tunggu hingga menggelegak baru masukkan kerisik.
5. Jangan lupa garam ngan gula nanti pajeri tak sedap!



Acar Nenas
------------
bahan2
-------
1/2 biji nenas
1 biji bawang putih
2 biji bawang kecil
1 batang kayu manis klu besar dibelah 2
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 sudu besar cuka
2 biji cili merah
1 sudu kecil biji sawi
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

cara2 memasak
----------------
1 panaskan minyak masukkan bawang putih,kecil yang dihiris halus dan juga kayu manis
bunga lawang dan bunga cengkih
2 setelah naik bau masukkan nenas
3 agak2 sudah layu sedikit masukkan cili merah yg dihiris halus atau dibelah 4 (ikut bentuk
yang disukai)
4 masukkan cuka,garam dan gula secukup rasa ( selalunya acar nie manis sedikit)
5 setelah mendidih akhir sekali masukkan biji sawi
6 siap untuk dihidang

acar2 ini sedap dimakan dengan bebagai jenis nasi dan lauk pauk......
senang dan sedap untuk dimasak

selamat mencuba dan selamat menjamu selera.............

Tetel Daging Masak Dalca


Dalca Tetel Daging
------------------

Bahan-bahannya
------------------
350 gm tetel daging
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang yang besar
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang panjang
2 cawan kacang dal
8 sudu besar rempah kari daging
1 biji kelapa (dijadikan 2 cawan santan pekat dahulu dan 3 cawan santan cair)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
setangkai daun kari
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara-cara memasak
--------------------
1 rebus terdahulu tetel daging sehingg empuk
2 panaskan minyak diperiuk yang berasingan tumis bahan2 yang dikisar tadi bersama
kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga sehingga naik bau
3 masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tumis bersama daun kari
sehingga garing dan naik minyak
4 masukkan kacang dal dan tetel yg direbus.air rebusan tetel boleh dimasukkan kedalam
berserta dgn santan cair dahulu kemudian kacang dal baru agak2 dal separuh empuk
5 masukkan lobak merah dan juga kentang
6 bila kentang dan lobak sudah empuk masukkan santan pekat agar kuah tidak terlalu cair
bersama sedikit air perahan asam jawa
7 masukkan kacang panjang dan terung pula
8 masukkan garam secukup rasa setelah ianya mendidih
9 akhir sekali masukkan tomato yg telah dibelah2

Nota: tetel dan kacang dal juga boleh direbus terlebih dahulul, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan tetel kepada daging rusuk dan daging.

resepi asal dari blog diana tapi saya tukarkan tulang rusuk kepada tetel dan juga kacang buncis
kepada kacang panjang dan menambah daun kari kedalam masakan ini....


selamat mecuba dan menjamu selera....................

Daging / Ayam Masak Merah

DAGING MASAK MERAHBahan-bahannya300 gm daging lembu2 biji bawang besar (dihiris)3 ulas bawang putih (dititik)125 gm sos tomato4 sudu besar cili kering (dikisar)Sedikit kicap cairGaram secukup rasaSedikit airMinyak untuk menumisCara-caranyaRebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
PULUT SERUNDING/ PULUT PANGGANG
----------------------------------------------

Bahan-bahan :

1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)

Bahan Kisar

2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit(Kisar semua bahan di atas hingga halus)
5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)

Cara:1)
Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar.
Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.2)

Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan.
Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya.
Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.

kalau nak buat pulut panggang....layukan daun pisang macam biasa
isi pulut dengan serunding dan gulung lalu di letak lidi tepinya
lepas tu boleh laa di panggang