Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Wednesday, 20 August 2008

Putu Kacang



PUTU KACANG
----------------

Bahan-bahannya :
------------------
1 kg kacang hijau - ditampi untuk membuang segala kotoran dan dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
(kalau nak lagi senang sekarangkan jual tepung kacang hijau sama la juga tu)

Cara Membuat :
----------------
Basuh terlebih dahulu kacang hijau tadi lalu dikering sehingga betul2 kering.
Goreng kacang hijau hingga kekuningan dan tertanggal kulitnya.
Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula.
Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam.
Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis sehingga hanya tepung2 yg halus
sahaja yg tinggal.
Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak.
Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu atau acuan yang disukai yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
Yang berlapikan kertas dibawahnya keluarkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang.
Jemurkan dibawah terik mentari selama setengah sehingga empatpuluh minit bertutupkan kain kasa atau kain yang jarang untuk megeraskanya.
Tetapi jangan dijemur terlalu lama kerana ia akan menjadi terlalu keras.
Simpan didalam bekas kedap utara.putu kacang ini tahan sebulan atau lebih.

selamat mencuba dan menjamu selera.......

Kuih Ros / Kuih Goyang


Kuih Ros / Kuih Goyang
---------------------------

Ingredients / Bahan2
----------------------
150ml thick coconut milk (santan)
50ml water (air)
85gm castor sugar (gula kastor)
1 large egg (1 biji telur yg besar)
Pinch of salt (secubit garam)
100gm plain flour (tepung gandum yg diayak)
45gm rice flour (tepung beras yg diayak)
Enough oil for deep-frying ( minyak untuk mengoreng)
Ros mould (acuan ros/goyang)
Method/ Cara2nya
-------------------
Combine coconut milk, water, salt and sugar in a mixing bowl.
(bancuhkan santan,air,garam dan gula dalam satu mangkuk besar)
Combine the flours and sift into the bowl.
(campurkan tepung2 lalu diayak bersama)
Mix everything gradually together until the sugar dissolves.
(campurkan bancuhan pertama bersama tepung sehingga gula larut)
Add the 2 large egg and stir again
(masukkan telur dan kacau seketika)
Strain the mixture to remove any lumps and leave aside to rest for 10-15 minutes.
(kemudian bancuhan tadi ditapis untuk mengelakkan iaya berketul2 dan dibiarkan
dahulu selama 10-15 min)
Heat oil in a small saucepan and place the kuih ros mould in the hot oil. Remove and dip three-quarters of the mould into the batter. Take it out and put the batter-coated mould into the hot oil, reducing the heat to low. Once the batter is semi-set, slowly release the kuih ros from the mould with a pair of chopsticks. Allow the kuih ros to fry in the oil until golden brown. Dish out and drain on several layers of paper towels. Leave them to cool then store in an airtight container.
(panaskan minyak terlebih dahulu dan rendam acuan ros tadi didalam minyak yang panas,setelah panas celupkan acuan tadi kedalam bancuhan tadi 3suku dan rendam kembali
ke dalam minyak panas goyang dgn pelahan2an sehingga ianya tertanggal.balik2kan dia dgn chopstik atau pengapit sehingga kekuningan lalu diangkat dan ditoskan diatas kertas dapur putih,setelah sejuk simpan ia dalam balang kedap udara.)
selamat mencuba dan menjamu selera..............