Thursday, 6 May 2010

Coklat kek / Chocolate Cakes


CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHANNYA

  • 250gm butter
  • 300gm castor sugar
  • 1tbsp ovellate
  • 6biji telur
  • 250gm tepung ]
  • 2tsp baking powder ] ayak
  • 1½tsp soda bicarbonate ]


PASTE

  • 1 cawan coco powder
  • 1¼ cawan air
  • 60gm castor sugar
  • 1tbsp nescape - optional


TOPPING CAKE

  • 300 gm Cooking Chocolate
  • 200 gm Whipping Cream
  • 1 tsp butter


CARA-CARANYA

  1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
  2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
  3. berselang seli dengan paste
  4. Baker 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing.

Chocolate Butter Cake

Bahan2nya

180 gm butter
180 gm gula castor
3 biji telur
60 gm chocolate (dicincang)
50 ml susu segar
1 sudu teh chocolate emulco
180 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bicarbonat

Cara

Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga sebati semuanya. Cairkan chocolate dengan susu secara double boil. Masukkan adunan chocolate ke dalam adunan butter perlahan2 sambil dikacau. Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda, kaup balikkan hingga rata. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 170'C atau sehingga masak.

Boleh hiaskan mengikut kesukaan anda....

Nota : Kenapa cupcake tu tegak je? Hehe.....memandangkan casing aluminium dah kekurangan, maka aku gunakan solo cup saiz 3 1/4 oz, didalamnya aku letakkan papercup saiz 11......jadi bila dah siap, cuppies takde le mcm bentuk biasa aku buat yakni kecik bawah, besar atas.....yg ini naik tegak je le.....




Wednesday, 5 May 2010

Tart Telur / Blueberry Cheese/ Ckolat




EGG TART
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)




TART KEJU BLUEBERRY

Bahan Tat:-

125 gm mentega

60 gm gula kastor

1 bji kuning telor

250 gm tepung gandum

sedikit garam

1/2 sudu teh esen vanila

1 - 2 sudu besar air

Cara Membuat:-

Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)

Inti Krim Keju:-

250 gm krim keju Philadelphia

50 gm mentega

70 gm gula kastor

1 biji telor

1/2 cawan blueberry pie filling

Cara Membuat:-

Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.




Coklat Tarts
--------------
Bahan-bahan ( dalam 100 keping )
  • 250 gm (1 buku) butter
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Tepung gandum secukup adunan

  • untuk inti tart
  • ----------------
  • 125gm cokolat masakan
  • 25gm butter/margerin
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu makan golden sirap klu tak ada boleh ditukarkan 1 sudu makan shortening.

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh yang lembut (sehingga adunan tak lekat di mangkok)
  4. Canai adunan agak2 ketebalan yang disuka datau masukkan ia kedalam acuan tart dengan tekan doh kedalamnya lalu dicucuk dalamnya dengan garpu sedikit untuk mengelakkan ia mengelembung dan gunakan pisau untuk meratakan tepinya
  5. Bakar dengan gas 180 selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga kekuningan.
  6. Sementara menunggu tart sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkok.
  7. coklat masakan tadi bersama golden sirap atau shortening,butter masak secara double boiler dan agar2 cair masukkan susu lantas diangkat dan dikacau sehingga coklat tadi larut dan sebati. apabila menggunakan golden sirap coklat akan cantik berkilat dan sedap.
  8. Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.
  9. Boleh dihiaskan dengan manik jika suka atau larikkan ia dgn coklat masakan putih sebagai bentuk diatasnya.

Kek Cawan / Cupcakes





KEK CAWAN BIASA – BUTTER CUPCAKES

Bahan2nya

250 gram butter – salted ( keluarkan dari peti seju 1/2jam atau 1 jam klu dari frezzer )

250 gram gula castor

200 gram telor ( 4 biji yg medium )

1 sudu teh esen vanilla

250 gram tepung cake ( superfine / klu tpg naik sendiri tidak payah baking powder )

1 ½ sudu kecil baking powder / 6 gram ( diayak bersama tepung )

80 ml susu segar ( boleh ditukarkan kepada 40ml susu pekat )

Cara2nya

a) Pukul butter sehingga kembang masukkan gula sedikit demi sedikit selama 15 min dengan kelajuan sedahana (medium speed)

b) Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi sehingga sebati biar kat mixer 5 min lagi pukulannya masukkan esen vanilla

c) Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung yang telah diayak tadi dengan diakhiri dengan tepung dengan pelahan cara kaup (slow speed )

d) Masukan adunan ke dalam acuan 2/3 atau satu scop aiskrim ukuran 5mm bukan separuh kerna nanti ia akan melimpah keluar ini untuk acuan serdahana (medium)

e) Bakar selama 20-25 min dengan susu 180 c

Nota

- Adunan ini untuk 24 biji acuan sedahana

-

- Untuk melembutkan aduanan boleh lah di masukkan 1 susu kecil glystrine kerna ia kan melembabkan kek boleh digunakan utk semua jenis kek

-

- Adunan ini boleh diperbagaikan rasanya masukkan ½ sudu teh paste atau perisa yang di gemari begitu juga klu mengunakan butter/orange oil dan warnakan jika suka dgn ½ sudu kecil juga

-

- Seandainya ingin membuat berperisa coklat tukarkan 20gm serbuk koko ke atas tepung tadi iaitu 230 gm tepung dan 20 gm sebuk koko

-

- Acuan besar dibakar 20-25 min acuan sedang 20-23 min dan acuan kecil 17-18 min bergantung pada oven masing

-

- Jangan dibukan pintu oven semasa ia memasak dalam jangka masa 10-15 min kerna ini akan membuat kek mendap.

-

- Apabila sahaja masak keluarkan kek tadi dari atas dulang yang panas kerna iakan membuat kek tlebih masak dan akan membuat kek menjadi kering .Setelah sejuk boleh la dihias mengikut cara yang anda suka

KEK CAWAN COKLAT LEMBAB ( MOIST CHOCOLAT CUPCAKES)

Bahan2nya

220 gram tepung kek ( superfine )

50 gram serbuk koko atau 1 sudu besar

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda- ratakan sudu

1 susdu kecil garam – ratakan sudu

200 gram butter – salted

340 gram gula kastor

2 sudu kecil esen vanilla

4 biji telur size b ( medium )

250 ml air sejuk atau fresh milk

100 gm – kismis atau coklat chips atau hirisan badan yang telah dibakar jika suka dan adunan nie utk 24 biji kek cawan sedarhana besar.

Cara2nya

- Pukul butter selama 10 min sehingga kembang masukkan gula dan esen vanilla pukul sehingga kembang selama 15 min sehingga putih lagi sedarhana kelajuan (medium speed)

-

- Masukkan telur satu persatu jarak semasa adunan masih dipukul sehingga kembang juga

-

- Masukkan tepung dan berselang sili dengan susu ke dalam adunan jika mengunakan mixer gunakan kelajuan pelahan (slow speed ) atau dengan senduk kayu atau specular sehingga sebati

-

- Masukkan ke dalam adunan 2/3 atau satu skop aiskrim utk mangkuk sedarhana begitu juga dengan acuan2 yg lain 2/3 dari acuan tersebut untuk mengelak dari ianya melimpah keluar

-

- Bakar selama 25 min dengan 180c atau mengikut kepanasa oven masing2

-

- Keluarkan dari dulang pembakar yang panas letakkan ia ke atas tempat yg sejuk agar ia tak kering atau terlebih masak

-

- Stelah sejuk boleh la di hias mengikut kesukaan anda


CARA MENGHIAS KEK CAWAN DAN BAHAN2NYA.............

Butter icing

250gm butter di pukul selama 10 min

450 gram gula icing yang diayak

2 sudu teh perisa yang di gemari jika suka

Coklat icing

500 gram coklat masaka

250 mk double cream/ uht whipping cream atau susu segar

Royal icing

400 gram gula icing yang diayak

2 biji putih telur

1 sudu teh pati lemon atau limau kasturi atau liamu nipis dimasukkan akhir sekali

2 susu teh perisa kegemaran jika suka

Krimwell icing

500 gram krimwell – dipukul selama 15 min terdahulu

300 ml golden sirap atau corn sirap

2 sudu teh perisa kegemaran jika suka

Icing ini tahan 2-3 minggu didalam peti sejuk

Peringatan

Tutup semua aduan dengan kain basah apabila tidak menggunakannya...

Ini adalah untuk mengelakkan ia menjadi kering..


Monday, 10 August 2009

Kuih Serimuka Pandan / Durian

Kuih Serimuka Pandan / Serimuka Durian
-------------------------------------------

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara1.
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau(klu buat durian gantikan ia dgn 1 cwn isi durian atau 1 sudu besar pes durian dan 1 sudu kecil pewarna coklat)
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam amngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

Nota- Serimuka durian gantikan pandan dan durian sahaja lain2nya semua sama sahaja..

Kuih Bakar Pandan / Kuih Bakar Jagung / Durian

KUIH BAKAR PANDAN
------------------------

Bahan-bahannya
260 gm tepung gandum
240 gm gula (kalau anda penawar, kurangkan sket)
300 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
550 ml air3 biji telur saiz besar (kalau yg kecil, gunakan 4) - kocok sedikit
1 sudu besar pes pandan2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)pewarna hijau (optional)
secubit serbuk
vanilli (optional)

Cara-caranya
1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan santan pekat, pes pandan, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3.Masukkan minyak sapi dan ratakan.
4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.




KUIH BAKAR JAGUNG
------------------------

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
300 gram gula2 cawan santan pekat (dalam kotak)
4 cawan airsedikit garam3 sudu makan mentega
4-6 biji telur (lebih banyak telur sedap, dia lembut)
1 tin jagung krim
sedikit pewarna kuningsedikit esen vanilla

Cara Menyediakan
1. Masukkan gula, santan, air, garam, mentega, telur, pewarna kuning dan esen vanilla kedalam blender. Blender yang kita buat kisar tu, senang adunan tak bergentel.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, blend sehingga sebati dan adunan tidak bergentel. Tuang adunan tepung kedalam bekas.
3. Akhir sekali masukkan jagung krim dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 12 x 12 inci yang telah disapu dengan mentega. Kalau mentega banyak dalam loyang pun tak apa, tapi panaskan loyang dalam oven dulu sehingga mentega cair.
4. Boleh juga gunakan loyang kuih bakar yang pecah lapan. Letakkan setengah sudu makan mentega kedalam loyang dan panaskan hingga cair dalam oven kemudian tuangkan adunan 3/4 penuh. Selalu kalau letak mentega, tepi kuih bakar akan masak lawa kekuningan dan lebih sedap.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
6.Boleh la di potong setelah sejuk.

Nota: Boleh juga gunakan isi cempedak/ durian, gantikan 1 tin jagung krim dengan 1 cawan isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek. Isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek diblender bersama adunan tepung.

Pie Ayam Sayur Campur


Pie Ayam Sayur Campur
--------------------------

bahan2nya inti
---------------
30gm butter
350gm ayam (ambil dari dada ayam yg dipotong dadu kecil2)
1biji bawang putih dicincang halus
1biji bawang besar dipotong dadu
100gm mix veg/button mushroom ( kalau suka boleh masukkan 1 batang
leek yg dipotong kecil)
125 milk or single or double cream
garam secukup rasa..

cara memasak
----------------------
tumis bawang putih dan bawang besar yg sampai layu masukkan ayam
dgn butter masukkan lepas tu masukkan susu atau cream masak bila mendidih aje
masukkan mix veg/mushroom sekejap n terus tutup tak mahu overcooked nti....
oohh yaaa rasa garamnya yaa jgn masin sgt....mix veg nie nak tambh
mushroom pun sedap atau mushroom dgn ayam aje pun sedap
klu kat oversea fresh mushroom murah lagi sedap klu tak ada yg dlm tin
pun ok juga laaa
sejukkan ok....

panaskan oven 180c ...

untuk dohnya-klu nak buat adunan kecil2 gandakan bahan2nya ya nie
untuk 1 bekas besar standard pie tin
-
bahan2 doh
-----------------
250gm tepung gandum
125 butter yg sejuk
1biji telur
2-3 sudu makan air sejuk
1biji kuning telur bersama setitik kuning telur utk glaze nti

cara2nya
-------------
masukkan tepung dan butter yg dipotong dadu uli pelan2 cam jadi bread crump
masukkan telur uli lagi dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga
menjadi doh yg lembut
lepas tu balut dgn cling plastik simpan dalam petisejuk selama 30min
sebelum dicanai...
kalau terlalu lembut boleh tambah sikit demi sikit tepung semasa mencanai...

acuan pie yg kecil atau besar disapu dgn sedikit butter supaya tak melekat..
canai doh mengikut bentuk yg disukai masukkan inti dan tutup adunan tadi dgn doh
dan corakkan yg suka anda dan glazekan dgn kuning telur

bakar pie selama 25-30min..........
--

Murtabak Segera Singapore Style



Murtabak Segera Singapore Style
----------------------------------

bahan2
-----------
daging/ayam cincang setengah kilo
bawang besar 2biji (1 biji dicincang halus 1 biji lagi dipotong kecil dadu)
bawang kecil 2ulas,-dicincang halus
2sudu besar rempah kari daging
minyak menumis
garam secukup rasa,
telor bbrapa biji
roti prata segera..bbrapa keping - senang tu yg dipanggil segera tak
yah nak tebar2 lagi
butter/marjerin sikit

cara2-
cincang bwg putih,1biji bwg besar tumis bersama daging dan juga rempah
kari yg dibancuh tdahulu dgn sedikit air sehingga
kering dan masak masa masukkan garam jgn terlalu byk sbb bila kering
takut masin laaa
ketepikan yaa opps dan dibahagi dua bahagian yaa......(asingkan)

roti canai atau prata dimasak terlebih dahulu k...

gunakan pan yg kecil atau sedang muat2 utk roti canai tadi...(cantik
nti jadinya)

ambil bahagian daging yg diasingkan tu dgn satu senduk dan masukkan
1 biji telor satukan

panaskan pan dgn sedikit butter atau majerin tuang daging yg dibancuh
dgn telor tadi
taburkan sedikit lagi daging kering dari asingan yg kedua bersama
bawang potong dadu kecil

kemudian letak roti canai/prata keatasnya dan ulang lagi sekali
seperti bancuah pertama tadi
selepas bawahnya masak balikkan....pastikan roti tadi disaluti penuh
satu pan tadi

terpulang klu nak buat dua lapis atau satu lapis murtabak tu yaa....
lagi byk daging dan telor lagi sedap klu tak suka bawang jgn masukkan....

murtabak nie boleh juga dimakan dgn kari atau dgn bawang/timun ulam

1/2 biji timun/ 1 biji bawang besar di potong nipis masukkan 2 sudu
besar cuka 1 sudu besar gula dan setitik pwarna merah
gaul hingga rata ok...dah siap

dan bawah nie anna sertakan chicken pie sedap utk dimakan senang untuk
dibuat juga

ada mmber ckp hubby dia gunakan rempah sup tak pasti lak tak pernah
cuba n gunakan salut popia anna dah try
dia ckp senang tapi kurang sikit sbb berminyak dan klu tak salut lagi
dgn daging dan telur tu kurang sikit rasanya kot
my famili suka pakai roti canai lagi ada ler rasa murtabak singapore
arab street tuu.....hhehe