Saturday, 15 May 2010

PRETZELS
-------------
(Sumber Resipi : Chef Alex Goh)

Bahan A
160 gm mentega
70 gm gula aising

Bahan B
1 biji kuning telur
¼ sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit lemon

Bahan C
260 gm tepung
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh tepung susuCara:

1. Adun Bahan A hingga sebati. Masukkan Bahan B dan pukul hingga lembut dan ringan.
2. Campurkan Bahan C yg telah diayak dan gaul hingga rata.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Ambil sedikit doh tadi dan canai menjadi jejari 9sm dan bergaris pusat (diameter) 8mm. (kalau susah sgt, agak2 jer!)
4. Pintal dari kedua-dua bahagian utk menghasilkan simpul longgar.
5. Sapukan air ke atas doh yg sudah dipintal tadi. Ayakkan gula kasar di permukaan nya.
6. Bakar pada suhu 175 darjah Celsius selama 15-20 minit.
CHOCOLATE ORANGE CUPCAKE
------------------------------------

Ingredients

150g self raising flour
150g wholewheat self raising flour
55g almonds, ground
55g soft brown sugar
2 large eggs
finely grated rind and juice of an orange
175g cream cheese
60g good quality chocolate roughly chopped

Preheat the oven to 190 deg C/375f & prepare a cupcake tin with cases

Sift the two flours, into a bowl adding in the almonds and sugar.
In a separate bowl, mix the orange juice, rind, eggs and cream cheese until blended and then add this mixture slowly to the flour beating well.
Fold in the chocolate pieces.
Divide amongst the cupcake cases and bake for 20-25 minutes or until firm to the touch.



YUMMY CHOCOLATE CUPCAKES
------------------------------------

Ingredients
175g self-raising flour
2 tbsp cocoa powder
1 teaspoon Bicarbonate of Soda
150g caster sugar
2 tbsp golden syrup
2 medium size eggs - beaten
150 ml sunflower oil
150 ml milk

Pre-heat oven to 180ºC/350ºF/Gas Mark 4. Sieve the flour, cocoa and Bicarbonate of Soda into a bowl.
Add the sugar and mix well. Make a well in the centre and add the syrup, eggs, oil and milk. Beat well until smooth.
Spoon the mixture into the two tins and bake for 20-25 minutes until risen and springy to the touch.
Remove from oven, leave to cool before turning out onto a cooling
CAPPUCCINO CUPCAKES
----------------------------

Ingredients

225g butter
225g soft brown sugar
4 large eggs
3 tablespoons instant coffee dissolved in 25ml hot water
1 teaspoons cocoa powder
125g finely grated carrots
225g self raising flour
1 teaspoon baking powder

Preheat the oven to 180 deg C/375f & prepare a cupcake tin with cases

Sift the flour, baking powder and cocoa into a bowl and add all the remaining ingredients. Beat until smooth using a wooden spoon or electric whisk.
Divide amongst the cupcake cases and bake for 20 minutes or until firm to the touch.




BLUEBERRY CUPCAKES
---------------------------

Ingredients

60g plain flour
110g butter
2 egg whites
75g icing sugar
110g blueberries
110g ground almonds
zest of a lemon

Preheat oven to 180ºC/350ºF/Gas Mark 4 & prepare your cupcake pan with cases.

Whisk the egg whites until they form stiff peaks and leave to one side.
Beat the butter and icing sugar together until light and fluffy.With the flour in a separate bowl, coat the blueberries in the flour and leave to one side.
Combine the remaining flour and ground almonds with the butter mixture and mix well.Add in the blueberries and mix.
Carefully fold in the egg whites using a metal spoon.

Fill the cases to halfway and bake for 15 minutes.Allow to cool completely before decorating.
Devil’s Food Chocolate Cake
----------------------------
makes 24 cupcakes / 350 degree oven

2 cups flour2 cups sugar
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1-1/2 teaspoons baking soda
1-1/2 cups milk
1/2 cup butter2 teaspoons vanilla2 eggs

Preheat oven to 350 degrees.

1. Measure out everything but the eggs directly into your mixer bowl.
2. Mix on low speed just until incorporated.
3. Beat on high speed for 2 minutes.
4. Add eggs, beat on high speed again for 2 minutes.

Measure out into cupcake pan lined with cupcake papers. A 2″ ice cream scoop works great for this. Bake for about 15-20 minutes until a toothpick comes out clean. Let cool slightly in the pan then transfer to a rack to cool completely before frosting.

Chocolate Buttercream

enough to lightly frost 24 cupcakes
1 stick butter1/2 cup cocoa
4 cups confectioner’s sugar~
1/4 cup milk

1. Beat butter on high for about 30 seconds until soft.
2. Add cocoa and 1 cup of sugar and beat until incorporated
3. Add half of the milk and the remainder of sugar and beat until incorporated.
4. Continue to add milk until you get to the consistency you want.

AssembleThere are many ways to go here, in this case, I simply piped the frosting onto the cupcakes with a large star tip.


Old-Fashioned Chocolate Cupcakes~
30 regular cupcakes / 375 degree oven

1 cup (2 sticks) butter, room temp
2-1/2 cups sugar
4 large eggs, room temp
1-1/2 cups flour
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup unsweetened cocoa powder
1 cup milk
2 teaspoons vanilla


1. Preheat oven to 375 degrees.
2. Beat butter until softened. Add sugar and beat until light and fluffy, about 3 minutes.
3. Add eggs, one at a time, beating until well combined.
4. Measure the flour, baking powder, baking soda, salt, and cocoa powder into a small sized bowl and whisk to combine.
5. Measure out the milk and vanilla and stir to combine
6. Add about a third of the dry ingredients to the butter/sugar and beat to combine. Add about a half of the milk/vanilla and beat to combine. Continue adding, alternating between dry and wet and finishing with the dry.
7. Scoop batter into cupcake cups about 1/2’s full. Turn oven down to 350 degrees and bake cupcakes for about 22-25 minutes or until a cake tester comes out clean.
Note: As mentioned previously with this recipe, if you overfill the cupcakes, they will overflow and then sink.
To be on the safe side I am now recommending that you fill the cupcakes 1/2 full. With a big batch you may still have some problems with one or two of them, but the majority should work out just fine.
Your oven must be for sure hot enough, so it doesn’t hurt to get an oven thermometer and make sure it’s at the correct temperature.
These cupcakes are temperamental, but the resulting cake is worth it.

Friday, 14 May 2010

BEST NO BAKE CHEESECAKE
--------------------------------

Bahan-bahannya

3 cawan biskut digestive, dihancurkan
2/3 cawan gula perang, dipadatkan
¾ sudu teh serbuk kayu manis
2/3 cawan mentega, dicairkan
250G(8 oz) krim keju
2 sudu makan chocolate emulco
2 sudu besar serbuk gelatin
½ cawan air panas
2 cawan krim putar
2/3 cawan gula
1 tin strawberi topping

Cara-caranya
1. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut digestive, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang springform berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
2. Dalam mangkuk mixer, masukkan whipped cream dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
3. Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
4. Pukul krim keju, gula, chocolate emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
6. Tuang adunan keatas biskut yang telah disediakan dan sejukkan didalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan topping strawberi dan kemudian keluarkan cheesecake dari loyang springform.

NOTA: Sekiranya anda inginkan cheesecake perasa original gantikan 2 sudu makan chocolate emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Dan boleh juga gunakan topping blueberi.Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya cheesecake anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan kedalam freezer selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.
KEK GULUNG NUTELLA
---------------------------

Bahan-bahannya

25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella

Cara-caranya

Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in(Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella.
Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda.
Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur-jalur mengikut susunan warna yang anda minati.
Ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah.

Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan.Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. kukus dengan kertas kek atau plastic wrap.
Simpan didalam peti sejuk.Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat-bulat.
KEK KEJU KAROT
--------------------

Bahan A
125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C
50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya

Panaskan suhu pada 170'C.Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu.

Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan
parutan lobak merah dan esen vanila.Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
KEK SHIFFON PANDAN
-------------------------

Bahan A
(Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil,
115ml jus pandan, blend daun pandan dan air

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.
2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul.
5. Putar sehingga kembang.
6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau.
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi..
12. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
13.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.
14.Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. Gunakan api atas dan bawah semasa membakar kek ini.
Kek yang telah siap dibakar cukup-cukup 40 minit setelah dicucuk dengan lidi tester, ianya telah kelihatan elok masaknya. Segera keluarkan dari oven.
Kalau nak amik gambar..amik cepat-cepat sebab kek ini perlu diterbalikkan dengan segera sebelum ia mendap..
KARIPAP SARDIN / TELOR
------------------------------

Kulitnya
400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik.
Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana.
Angkat dan toskan atas kertas serviette.

Inti Sardin

1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Inti Telur

1 biji telur
1 biji bawang besar
sedikit hirisan cili merah & cili hijau
secubit garam & serbuk lada putih.(Kacau semua bahan2 di atas)

Cara Membuat Epok-Epok Telur

Ambil satu bebola adunan yg besar dan canai leper membulat. Buat lagi utk bebola yg kedua. Ambil satu piring yg agak mungkum (gunakan saiz yg sama dgn lebar adunan yg telah dicanai tadi). Ambil satu adunan kulit epok-epok yg telah dicanai tadi dan taruk atas piring yg digunakan. Bubuh inti telur yg telah disiapkan.
Ambil adunan kulit epok-epok yg kedua dan tutupkan dgn teliti ke atas inti telur tadi. Cantumkan kedua-dua kulit epok-epok itu dgn kemas dan kelimlah sekelilingnya. Goreng dgn minyak yg banyak. Setelah nasak, angkat dan toskan.
KUIH LOMPAT TIKAM
-------------------------

Lapisan Bawah:

500ml air daun pandan
120gm tepung beras
20gm gula
1 camt air kapur
garam secukup rasa

Lapisan Atas:

330ml air
80gm tepung beras
30gm gula
1/2 camt air kapur
garam secukup rasa

Air Gula:
200g gula melaka
80g gula
250 air
2 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan berkilat. Adunan sepatutnya tidak 'melekat' pada kuali.
2. Tuang adunan dalan tin berukuran 18cm yang disapukan minyak. ketepikan.
3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi dan sejukkan.
4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.




KUIH LOPES
---------------

Bahan-bahan
(saiz sedang 10 ketul)

1 cawan beras pulut*
1 cawan santan cair*
1/4 cawan air daun pandan *
sedikit garam*
beberapa titik pewarna hijau*
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam**** air gula ****
3 ketul gula melaka*
5 sb gula*
1 cawan air*
sehelai daun pandan

Cara-cara

1. Cuci beras pulut dan rendam selama 6 jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Masukkan pulut ke dalam mangkuk pyrex yang bertutup. Kemudian masukkan santan cair, air daun pandan, pewarna hijau dan sedikit garam.
4. Masukkan mangkuk pyrex tadi ke dalam microwave. Set 'high' dan masak selama 25 minit.
5. Ambil sehelai plastik kemudian letakkan pulut tadi dan gulung. Ikat di kedua-dua hujung gulungan tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian potong gulungan tadi menggunakan pisau yang telah dicelup dengan air terlebih dahulu. Golekkan ke dalam kelapa parut.

7. CARA MEMBUAT AIR GULA.
Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair dan biarkan air gula itu pekat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
KUIH CARA BERLAUK
------------------------

BAHAN-BAHAN

100g tepug gandum
200ml susu/santan + pewarna kuning1 biji telurgaram

INTI:
50g udang hidup/daging cincang
1 ulas bawang merah
½ ulas bawang putih
1 camt rempah kari daging-jadikan pessehiris halia
1 camb minyak

HIASAN:
½ cili masak-dadu halus1 helai daun bawang-mayang halus

CARA
1. Sediakan batter dengan mengadun telur,santan./susu,pewarna kuning dan garam.
2. Rehatkan sebentar.
3. Panaskan minyak,tumis bawang merah+bawang putih serta masukkan rempah kari,kacau hingga garing.
4. Masukkan daging,garam,gula,sesuaikan rasa.Masak hingga kering dan angkat.
5. Panaskan acuan atas dapur,lenserkan lemak,masukkan batter dalam acuan.
6. Masukkan inti dan hiasan di atasnya.
7. Angkat apabila masak.



KUIH CARA MANIS
---------------------

Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan tepung gandum1 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2 camt garam
sedikit minyak utk melengser acuan
Sedikit gula
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya :

1. Masukkan santan, air daun pandan, telur, tepung dan garam dalan blender. Jika adunan pekat sangat tambah sedikit air sejuk sedikit demi sikit hingga bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, lengserkan acuan dengan minyak masak, bila dah panas tuang adunan ke dalamnya, dan masukkan setengah sudu kecil gula.
3. Tutup acuan kuih cara dan biarkan 2 - 3 minit. Keluarkan kuih cara yang dah masak dan tangkup dua kuih cara dan hidangkan.

Tuesday, 11 May 2010


Portuguese Egg Tarts Recipe
---------------------------
(Makes 10 tarts)

Ingredients A (Crust):

1 box of Betty Crocker Pie Crust Mix (Net Wt 11 Oz) or 1 frozen and rolled Pillsbury 9-inch pie crust
3 tablespoons melted butter
1/3 cup cold water

Ingredients B (Filling):

4 egg yolks
1/3 cup of sugar (or slightly less if you don’t like your Portuguese egg tarts too sweet)
1/3 cup of heavy whipping cream
1/3 cup of milk
3 drops of vanilla extract

Method:

Stir the pie crust mix, cold water, and melted butter until pastry forms a ball. On a floured surface, roll the dough and cut it into 12 balls. Set aside.

Use an electronic hand beater to blend Ingredients B. Beat for about 3 minutes and strain the filling through a strainer. Set aside.

Preheat oven to 400 F. Butter the muffin pan.

Flatten the balls into small rounds and fit them well into the muffin pan by pressing firmly on bottom and side (do not over stretch). Fill the pie crust dough with the egg mixture (about 80% full).

Bake the Portuguese Egg Tarts at 400F for about 15-20 minutes or until the filling turn brown.

Cook’s Note:

If you use Pillsbury frozen pie crust, you just use it as is, meaning just cut it out into 10 rounds and fit into your muffin pan.


Mexican Bun
--------------
Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.




Potato Bun (bread)
-------------------

Bahan-bahan ( yield to 36 pieces )
*600 g tpg roti (high protein flour)
*70 g gula
*1 1/2 sudu teh garam
* 1 1/2 sudu makan susu tepung
*4 sudu teh instant yeast
** 1 biji telur
**270ml air sejuk
***120g mashed potato
***60g butter
****Custard gunakan instant lagi senang..masak macam biasa.....

Cara-cara
Gaul sebati semua bahan bertanda *.
Masukkan bahan bertanda ** dan uli menjadi dough.
Masukkan bahan bertanda *** dan teruskan menguli sehingga dough menjadi lembut & elastic.
Masukkan kedalam mangkuk dan biarkan naik selama 45 min di tempat yg panas.
Buang kan angin dan bulatkan dough dan biarak berehat lagi selama 15 min.
Bahagikan kpd bola2 kecil 30g dan susun didalam loyang pembakar 9" square yg telah digriskan. Boleh diisi 16 biji bola 1 loyang. Buat 2 loyang.
Biarkan naik selama 45 min atau 2 kali ganda.
sapukan dgn telur dan pipekan custard secara bersilang di tengah setiap bebola.
bakar pada suhu 180C selama 25 min.

Note: Utk mashed potato. Rebus kentang hingga empuk. Sejukkan & lenyek. boleh juga gunakan mash potato instant..




SWEET BUN
--------------

Bahan A

500 gm tepung high protien (saya gunakan Bread Flour)
25 gm susu tepung
75 gm gula10 gm ibu roti (yis- gunakan yg instant)
1 sudu teh pelembut roti
1 biji telur1/2 sudu teh garam

Bahan B

250 ml air75 gm majerin (saya gunakan mentega)

Cara
1. Masukkan dan gaul rata semua bahan A.

2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati. (saya gunakan mixer dgn dough hook)

3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit]

4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.

5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.

6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.

7. Bakar dalam suhu 180'C sehingga kelihatan masak.

8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

Ingatkan nak bubuh kismis dalam roti tu tp oleh kerana anak2 tak gemar, saya masukkan buah prune instead - sikit jer, testing2..










CINNAMON SCROLL

------------------------

Bahan-bahannya


400 gm tepung gandum
½ sudu makan yis segera
145 ml air panas
50 gm gula pasir
50 gm marjerin
1 biji telur
½ sudu teh garam


Bahan Sapuan

1 sudu makan marjerin - cairkan

Bahan Taburan
20 gm gula merah1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-caranya
1. Campurkan yis, air dan gula pasir. Kacau rata dan asingkan.
2. Masukkan pula marjerin dan tepung gandum. Kacau sehigga berketul² dan asingkan.
3. Masukkan telur dan garam.. Kacau rata
4. Masukkan campuran yis sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh menganjal.
5. Canai nipis adunan.
6. Tabur gula merah dan serbuk kayu manis.. Gulung sambil dipadatkan
7. Potong²kan gulungan adunan setebal 2.5 cm.
8. Susun di dalam loyang 18cm x 18cm x 4cm yang telah disapu dengan marjerin.
9. Sapu permukaan roti dengan marjerin cair.
10. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180°C.
11. Ketika roti masih panas, sapu sekali lagi permukaannya dengan marjerin.
BINGKA ROTI BERJAGUNG
------------------------------

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
150 g gula kastor100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.
Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....




BINGKA ROTI BERLAUK
----------------------------
BAHAN BINGKA ROTI :-)

10 - 12 keping roti putih
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-)

400 g daging cincang (boleh guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)

Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK BINGKA ROTI:-

Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.

UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.

UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!
RICH COCO PUDDING
------------------------

Bahan-Bahannya:-

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepun
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung (cornstarch)
4 1/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk Jelly
3 camca besar mentega

Bahan Lain:-

Susu cair secukupnya
Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya

Cara membuatnya:-

Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.

Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...




PUDING SAGO
-----------------

Bahan-Bahannya:-

300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-

Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi.

Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...


APPEL BREAD PUDDING
----------------------------

Bahan-Bahannya :-)

9 - 10 keping roti putih, didadu kecil
2 cawan susu penuh krim (boleh guna susu sejat)
1 biji epal hijau, didadu
1 biji lemon, parut kulitnya (boleht guna orange)

Dikacau Rata :-)
90 g mentega, cair dan sejukkan
135 g gula halus
4 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla

Digaul Dan Diayak :-)
50 g tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
Satukan roti dan susu sejat, gaul rata dan biar terendam 5 minit. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.

Masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan kulit
lemon/orange. Kacau hingga semua mesra.

Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (boleh guna acuan "mini bund pan"), bergantung pada saiz acuan dan juga oven masing2...




YOURGAT BREAD PUDDING
--------------------------------

BAHAN-BAHANNYA :-)

7 keping roti sandwich putih, dibuang tepinya
300 g yogurt berperisa "blueberry"
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar gula halus
1/3 cawan kismis
Mentega secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Sapu nipis setiap keping roti dengan mentega, kemudian potong kiub (boleh potong 9 kepingan kecil utk setiap keping roti.
Sapu bekas pembakar dengan mentega (boleh guna baking dish berukuran 7 1/2 x 7 1/2 inci) dibahagian dasar dan tepinya.
Susun sebahagian roti tadi dalam bekas, taburkan 1/2 bahagian kismis. Kemudian susun baki roti. Ketepikan sebentar.
Satukan telur, yogurt, esen vanilla dan gula dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bergaul dan sebati. Tuang rata ke dalam bekas yang berisi roti. Tabur baki kismis dan biarkan 30 minit.

Bakar secara "bain-marie" (dengan meletakkan bekas tadi dalam satu bekas lain yang lebih besar, yang mengandungi air panas) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40 minit.
Bila permukaan pudding keperangan boleh dikeluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan...
AGAR AGAR KARAMEL
-------------------------

BAHAN-BAHANNYA :-)

8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla1 cawan gula pasir (boleh guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat.

Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih.

Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi.

Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...





AGAR AGAR LUMUT
------------------------

BAHAN-BAHANNYA :-)

45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)

Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.

Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....
NASI MINYAK
-----------------

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning

CARA

MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.

Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.

Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.

Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...




NASI BRIYANI KARAM
-------------------------

BAHAN UTAMA :-)
2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air1
50 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)

1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.

LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.

LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.

LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....
NASI TOMATO
-----------------

Bahan-Bahannya:-

5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toska
1/2 cawan susu cair (boleh guna santan)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus (cuma titik kan saja halia tu)
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (ok klu lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-

Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.

Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan...




NASI KABULI
----------------
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg beras Basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
500 g ayam (boleh guna daging)
4 camca besar kismis
1/2 cawan bawang goreng
2 camca besar minyak sapi
1 1/2 camca teh garam
1 batang kayu manis*
2 kuntum bunga lawang
*6 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*bahan tumis)
1/2 biji pala (nutmeg), diparut
1 genggam daun ketumbar
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
2 helai bay leaf
1 liter santan
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*
2 cm kunyit hidup*2 cm halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis bersama daun pandan, serai, bay leaf dan daun limau purut, masak hingga wangi. Masukkan bahan dikisar halus bersama garam, kacau hingga masak.

Tambah ayam dan gaul rata. Masukkan parutan biji pala dan juga santan. Masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau hingga rata. Perlahankan api dan masak hingga santan meresap ke dalam beras tadi. Matikan api.

Siapkan kukusan, alas dengan daun pisang atau aluminium foil, lubang2kan bahagian dasarnya. Alih nasi tadi ke dalam kukus, ratakan dan tepek2kan beberapa bahagian nasi dengan minyak sapi, tabur kismis bersama daun ketumbar.

Kukus nasi 30 - 35 minit lagi atas air mendidih. Tabur dengan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....